Tuesday, September 10, 2013

UiTM KBM dan AYAM

BANDARAYA MELAKA,10 SEPTEMBER 2013. Hari ini hari kedua aku menginap di kompleks apartmen AYAM. Ayam?? yep ayam. tp bukan apartmen reban ayam utk ayam2 tinggal. APARTMEN AYAM atau nama saintifiknya APARTMEN YAYASAN MELAKA. Nama indah gitu tapi sebenarnya hanyalah unit rumah kos rendah 5 bilik tidur yang menempatkan pelajar UiTM serta pelajar kolej kolej berdekatan. Siapa yang tinggal kat sini? hanya pelajar sahaja kot tinggal kat sini menurut pemerhatian aku. dan majoritinya pelajar uitm cz kedudukan AYAM yang sangat sangat dekat dengan UiTM KBM. sedekat mana tu? sedekat pintu masuk AYAM hanya berpisah 1 lorong jalanraya sahaja dengan bangunan uitm. 

 Sebelum ini aku belajar di peringkat diploma di UiTM Pilahdelphia yang terletak di nogori Bertingket Tingket. Tajuk lagu dari Waris Botingkek Tingkek tu mungkin mendapat ilham dari nama tempat di N9 iaitu Beting. Em,maybe la kot... k xpe anggap ini sume mitos. Tapi tu lah nak cerita,UiTM kuala pilah terletak di Kampung Beting. Student Lifestyle kat Pilahdelphia? aman,kampungan,kedai semua tutup jam 8 malam kecuali kedai makan. Cuaca kat kuala pilah the best utk lifestyle student berumah sewa kat sana coz sana cuaca kering dan sangat sangat jarang hujan. so nak naik motor jauh jauh pergi kelas alhamdulillah tak basah. kalau basah pun satu semester 1 kali je kot mengikut nasib dan luck masing masing.hehehe. k k takpe,lifestyle student kat kuala pilah akan aku kupas di next post.

Okay,UiTM KBM terletak di tengah tengah bandaraya. Bangunan istitusi yang gah setinggi 16 tingkat. tapi jangan gayat jangan risau. Kemudahan lif dan tangga ada. Walaupun hanya ada 4 buah lif,yang aku jumpa setakat ni. Maybe ada lif rahsia kot yang terselit di celah2 bangunan ni.aku pun tak tahu. Tapiii lif kat sini macam seram sikit lah nak naik.ke aku yang takut ruang tertutup. Kemudahan kat sini tip top katanya setanding malah lebih baik dari shah alam sana nuhh!!! katanya. Tp setakat ni ok je aku bersyukur je seadanya Alhamdulillah.

Cuaca kat sini? angin sangat lah kuat masyaallahh kalau perempuan yang comel comel pakai baju kurung,skirt tu nak bagi peringatan ni pernah ada kejadian kain terangkat disini akibat angin berkelajuan tinggi. serius. dua tiga hari kat sini hari hari hujan taww. xtau lah bulan depan berubah cuaca. almaklumlah kedudukan sini yang terletak sangat hampir dengan laut selat melaka. Sungai melaka juga boleh dilihat mengalir sekitar kolej  mahasiswi UiTM. 


kredit http://aziimartstudios.blogspot.com



Berikut merupakan butiran data yang sah pada tarikh dan tahun tersebut,mengenai kemasukan secara cepat dia dapat ke kolej kediaman milik UiTM sumber dari website Uitm Melaka. cuba renung renungkan. ramai yang risau tak dapat kolej semasa mendapat tawaran ke degree UiTM. tapi jangan risau,dengan adanya skim siapa cepat dia dapat ini membantu sedikit sebanyak bilangan pelajar yang terkapai kapai tiada penempatan semasa ijazah di sini.

  • BAYARAN RM420.00/ SEORANG PER SEMESTER.  
  • DAFTAR PADA AHAD 03 MAC 2013 PUKUL 8.30 PG - 4.30 PTG
  • PERTANYAANUnit Kolej & NR UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Tel : 06-282 1703/283 3670

Dibawah ini adalah sedikit info mengenai mereka yang berminat menurut jejak langkah aku menginap di apartment milik Yayasan Melaka aka Ayam.

Kredit http://syimaamyrra.blogspot.com
  • Sewa adalah sebanyak RM160 (termasuk air dan elektrik) seorang/bulan 
  • Bayaran semasa pendaftaran RM740.00 (1 semester) 
  • - 1 semester = 4 bulan (RM160 x 4) = RM640.00 + RM100.00 (deposit) = RM740.00 
  • Peraturan duduk apartment lebih kurang macam duduk dalam kolej. Boleh baca sini KLIK
Bagi mereka yang tak nak duduk kolej dan apartment, tak ada masalah. Cuma pandai-pandailah cari rumah sewa yang harga murah, dekat dengan kampus dan dijamin selamat sampai habis belajau. Kelebihan duduk rumah sewa tak lain tak bukan selesa dan bebas. Aku tahu sangat engkau orang suka overnight kan? Harharhar *gelak syaitonnirojim*

Buat masa post ini, aku guna free wifi dari mamak berdekatan iaitu Mamak Subaidah. pasword? abcd123456789 . okay dah dapat pasword kan. so diam. keistimewaan buat tika ini ialah keupayaan lapy aku sedut wifi dari subaidah ni dari bilik AYAM aku.lepas ni dah naik bangunan bersebelahan nak buat bangunan apa kejadah lah pulak yang pastinya mengurangkan reception line wifi Subaidah ke bilik aku. huhu minta korang derma internet kat aku boleh x.

Kalau tanya persediaan, sejujurnya memang tak bersedia. Tak bersedia langsung. Lagi-lagi ini degree ye bukan diploma. Diulangi bukan diploma lagi. Kakak dan  abang senior pasti faham perbezaan diploma dengan degree macam mana. Kita bukan lagi bayi yang disuap ibu dan ayah. Semoga dapat pensyarah yang baik hati dan boleh geng contoh macam Miss You Very Much.

btw, aku dah sangat down semasa diploma yang susah nak mati menurut pendapat aku. diploma sains. adik adik sila jangan apply diploma sains,abang sedia membantu mencadangkan kos lain. memang susahhhhhhh huu tp jgn risau. mybe aku je kot yang looser kat diploma sains tu. loser loser pun jgn pandang sebelah mata taw,bulan depan aku konvo kat shah alah grad pointer 3.**  utk diploma sains. Insyaallah adik2 yang dah terperangkap masuk dalam diploma sains boleh buat,walaupun susah.dengan usaha dan ketekunan insyaallah boleh berjaya. Looser sorang ni lepas,boleh grad,boleh tamat belajar 6 semester sahaja tanpa extend,boleh konvo? korang mesti lg boleh. huhuhu mengenangkan saat saat merepeat dan menyusun kelas bertindih setiap semester sepanjang diploma.


aku masuk 
BM226 - Bachelor of Business Administration (Hons) International Business kat sini dengan harapan dan semangat baru utk meneruskan pengajian dan melupakan kesusahan dan kedukaan yang aku alami sepanjang diploma. sedih kenapa. sedih sebab asyik fail calculus sepanjang diploma,dari precalculus,calculus 1,calculus 2 semua aku fail.huhu.sedih taw ini bukan sesuatu yang dibangga banggakan. tapi berkat usaha rajin merepeat paper,clear habis semua kegagalan tu dan boleh tamat belajar diploma. lega sangat bila dah habis diploma,dah tak payah nak mengadap calculus. serius.

tapiii aku belum start belajar lg 
BM226 - Bachelor of Business Administration (Hons) International Business ni,aku pun belum tahu dan hadapi cabaran dalam course ini. harapan aku ialah boleh membawa pulang ilmu dan pengalaman serta result peperiksaaan yang cantik utk dipersembahkan kepada ibu bapa sepanjang semester degree. akan ku tebus kekecewaan semasa diploma.

wish me luck :') 





1 comment:

  1. assalamualaikum. nak tumpang tanya, kalau contact dengan Nr, diorang akan tolong recommend kan rumah sewa untuk student yang tak dapat kolej ke? and ada lagi tak kawasan yang dekat dengan uitm selain apartmen ni? maaf ganggu.

    ReplyDelete