Tapai pulut daun getah
Tapai dihasilkan dari proses fermentasi bahan atau makanan tinggi karbohidrat seperti beras, pulut dan ubi. Proses fermentasi didorong oleh mikroorganisma yang terkandung dalam ragi. Biasanya ragi yang digunakan dalam proses membuat tapai mengandungi kepelbagaian mikroorganisma terutamanya fungi seperti Saccharomyces cerevisiae, Rhizopus oryzae, Endomycopsis burtonii, Mucor sp., Candida utilis, Saccharomycopsis fibuligera, dan Pediococcus sp. Mikroorganisma lain juga mungkin terdapat dalam ragi dan keseimbangan flora mikroorganisma yang bertindak ke atas karbohidrat menjadikan penentu kepada rasa manis unik tapai. Rasa manis tapai terhasil apabila karbohidrat diuraikan dan didominasi oleh mikroorganisma Saccharomyces cerevisiae yang menjadikan tekstur pejal karbohidrat lepu, mencair, lekit berair serta manis. Mikroorganisma ini menghasilkan enzim amiliotik yang menguraikan kanji karbohidrat tepu (polysaccharide) kepada saiz gula yang lebih kecil (disaccharide dan monosaccharide). Proses ini dinamakan proses saccharification.
Proses fermentasi meningkatkan kandungan nutrien pada makanan. Kehadiran mikroorganisma pada tapai tidak merbahaya malah mikroorganisma tersebut dapat dicerna sistem penghadaman manusia. Nutrien Vitamin B kompleks khususnya meningkat sehingga tiga kali ganda selepas proses penapaian. Vitamin B kompleks merupakan vitamin larut air yang membantu penghasilan tenaga dan metabolisma sel. Kandungan vitamin B yang tinggi di dalam tapai ialah thiamin, riboflavin, niacin, biotin dan asid folik.
Proses penapaian telah diamalkan manusia sejak ribuan tahun.Ianya kerana penapaian dapat memanjangkan jangka hayat makanan. Lebihan makanan daripada dibiarkan basi, ditambah dengan mikroorganisma terpilih dapat memanjangkan hayat makanan tersebut dan selamat di makan dan di simpan untuk kegunaan hadapan. Malah, tapai digunakan sebagai makanan dan minuman penambah tenaga oleh masyarakat lampau di asia tenggara ketika melakukan kerja berat seperti bersawah, perladangan dan pembinaan.
Tapai pulut daun getah pula berkait rapat dengan keindahan dan seni unik dan dianggap novelty. Tapai pulut merupakan hidangan tradisional masyarakat asia tenggara sejak dahulu lagi. Pengenalan tumbuhan baru ke asia tenggara, iaitu pokok getah (Havea Brasilliensis.) oleh penjajah British pada tahun 1888 di Botanical Garden Singapura menarik minat pelbagai lapisan masyarakat dan telah mencetus idea kegunaan lain pokok getah selain dari getahnya. Tapai pulut daun getah pada awal pengenalannya dianggap novelty kerana di balut dari daun tumbuhan asing yang merupakan penghasil kepada komoditi paling bernilai pada zaman tersebut iaitu getah. Daun getah memiliki ciri unik dan indah seperti licin berlilin, berbentuk bujur ditengah dengan hujung runcing, berwarna hijau kebiru-biruan, dan berkongsi cabang dengan tiga daun yang lain. Tapai pulut daun getah juga memiliki sebahagian kebudayaan origami dari China melalui motif titisan air. Garapan pelbagai budaya ini menjadikan tapai pulut daun getah unik dan menjadi simbol penerimaan kepada pembaharuan dan kreativiti masyarakat tanah melayu. Hal ini kerana mayarakat melayu terkenal kerana kuat berpegang pada adat resam apatah lagi pantang larang dalam mengolah makanan tradisi yang mengundang tentangan.
Kami di tapai pulut daun getah terus memelihara tradisi ini dan masih menghasilkan tapai pulut daun getah kami dengan cara tradisional yang telah diturunkan oleh keturunan nenek moyang kami sejak ratusan tahun dahulu lagi. Rasa tapai pulut daun getah kami masih mengekalkan rasa yang sama seperti yang dihasilkan oleh nenda terdahulu meskipun zaman telah jauh berubah. Mikroorganisma sama juga masih dikekalkan dalam ragi yang kami gunakan. Dengan bantuan ilmu bioteknologi juga kami berjaya menemui cara penghasilan tapai pulut daun getah yang sentiasa berhasil manis dengan bantuan teknologi dan pengawalan kualiti dan mengikut piawaian yang tinggi.
Tapai pulut daun getah kami telah mendapat tempahan dari pelbagai latar masyarakat kebiasaannya untuk kegunaan secara borong atau pukal. Pelanggan utama kami ialah dari pengusaha katering, majlis perkahwinan, acara besar, sambutan hari raya aidilfitri dan aidiladha. Malah tapai pulut daun getah kami mendapat tempat di majlis majlis yang diadakan di jabatan korporat kerajaan persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat swasta dan juga kementerian pelancongan.
Hubungi kami bagi membuat tempahan. Order adalah terhad tertakluk kepada stok daun getah kami, dan komitmen untuk tempahan pelanggan lain. Sebaiknya order 2 minggu sebelum tarikh acara, atau selewatnya seminggu sebelum. Hanya 20sen se unit tapai pulut daun getah. Hubungi/Contact Ramli – 0123685921, atau 0183154956 atau 0147360383 atau 0183154902.
No comments:
Post a Comment